about

Apa itu Bstary Hotspot

Bstary Hotspot adalah penyedia servis internet tanpa wayar (WISP) yang beroperasi di Taman Rakyat Bistari, Bukit Kuang. Anda berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan Bstary Hotspot sekiranya anda memiliki PC, laptop/notebook, smartphone, tablet atau sebarang peranti yang mempunyai fungsi WiFi. Anda perlu mendaftar untuk mendapatkan Username dan Password. KLIK DI SINI untuk cara daftar.

Kawasan liputan

Buat masa ini, liputan isyarat WiFi masih lagi terhad di sekitar premis kami sahaja. Peranti anda perlu menangkap sekurang-kurangnya 3 bar isyarat Bstary Hotspot untuk akses internet yang memuaskan.

Bagaimana kalau isyarat kurang dari 3 bar?

Anda mungkin masih ada peluang untuk mengakses khidmat Bstary Hotspot dengan cara menguatkan isyarat peranti anda. Cara-cara berikut boleh digunakan untuk menguatkan isyarat peranti anda:
  • menggunakan high power wifi adapter. atau..
  • menggunakan repeater.
Kami boleh melakukan pengujian signal di rumah anda menggunakan peralatan yang disebut di atas. Tiada sebarang caj akan dikenakan untuk ujian tersebut. Sekiranya ujian tersebut berjaya, anda boleh memilih untuk membeli peralatan tersebut dari kami atau membeli sendiri dari kedai komputer.

Pakej yang ditawarkan

Terdapat 2 pakej untuk pilihan anda:
  1. Seminggu (7 hari) - RM10.
    • Kelajuan download - 384kbps
    • Kelajuan upload - 128kbps
    • Kuota data - tiada had!
  2. Sebulan (30 hari) - RM30.
    • Kelajuan download - 512kbps
    • Kelajuan upload - 128kbps
    • Kuota data - tiada had!
Namun begitu, kelajuan dan had data yang dinyatakan dalam pakej di atas belum lagi dikuatkuasa. Oleh itu, anda akan mendapat kelajuan data sehingga 4000kbps! Pihak kami berhak untuk menguatkuasakan had di atas pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Bayaran

Bayaran adalah secara prabayar. Dengan kata lain, anda perlu bayar dahulu untuk mendapat akses internet. Tiada sebarang yuran langganan dikenakan. Tidak seperti bil astro yang perlu dibayar setiap bulan walaupun tidak digunakan. Bstary Hotspot tidak mengenakan sebarang ikatan, tak perlu sakit kepala. KLIK DI SINI untuk keterangan lanjut mengenai kaedah bayaran.

No comments: